Kompilasi Karangan Darjah 4
2024
Kejadian di Makmal Komputer
Pada hari Isnin yang lalu, Farid, Adam dan Sharmin sedang membuat projek e-buku tentang Tahun Baharu Cina. Cikgu Hakim memberi mereka masa untuk membuat projek itu di makmal komputer kerana mereka bertiga belum habis membuatnya.
Farid berasa haus lalu dia mengeluarkan botol airnya. Tiba-tiba, air itu tertumpah ke atas papan kekunci. Air itu mengalir ke seluruh papan kekunci tersebut. Farid, Adam dan Sharmin terkejut melihat kejadian itu.
Dengan cepat, Sharmin menghulurkan beberapa helai tisu kepada mereka untuk mengelap papan kekunci. Cikgu Hakim menghampiri mereka. Dia ternampak apa yang terjadi. Cikgu Hakim menyuruh Farid mengelap papan kekunci itu dengan kain yang kering. Adam dan Sharmin berasa sangat takut kerana boleh terjadi kejutan elektrik.
Selepas Farid mengelap papan kekunci, Cikgu Hakim memberi amaran kepada Farid agar jangan minum atau makan di makmal komputer. Murid-murid tidak dibenarkan makan dan minum di situ. Selepas itu, Farid meminta maaf kepada Cikgu Hakim.
Mohamad Matin Zafran Bin Mohamad Noor Ikhsan
4 Responsibility (2024)
Malang Tidak Berbau
Cuaca pada hari Ahad itu sungguh cerah. Tanpa diduga, keluarga Encik Zain bercadang untuk berkelah di Pantai East Coast. Secepat kilat, Zafirah dan kakaknya menolong ibunya membuat persiapan untuk ke sana. Dia tidak lupa memasukkan pakaian renang ke dalam beg.
“Ayuh Kakak, kita boleh berenang dan bersuka ria di sana. Hore!” teriak Zafirah kegembiraan.
Selepas itu, mereka menaiki kereta dan Ayah memandu menuju ke pantai. Apabila mereka tiba di sana, Ayah dan Ibu mencari tempat duduk yang selesa. Zafirah dan kakaknya pula mengambil baju renang dan menukar pakaian. Mereka terus ke laut dan berenang. Ayah turut menyertai mereka. Namun, Ibu mahu berehat dahulu di tikar sambil membaca buku cerita kesukaannya.
Tiba-tiba, Ayah terdengar Zahidah, kakak Zafirah, menjerit.
“Tolong! Tolong!” jerit Zahidah sekuat hatinya.
Ayah berasa cemas dan terus berenang ke arah Zahidah yang hampir lemas. Paras air terlalu dalam dan Zahidah tidak mampu berenang dengan baik. Ayah mendukung Zahidah ke darat. Zafirah juga berenang ke darat untuk duduk bersama ibunya.
“Zahidah, jika kamu tidak boleh berenang di dalam air yang dalam, kamu tidak harus pergi sendirian,” nasihat Ayah kepada Zahidah.
“Ya, Ayah. Saya minta maaf dan akan berenang bersama Zafirah dan Ayah,” jawab Zahidah sambil menangis teresak-esak.
Mujur ada Ayah di sana untuk menyelamatkan Zahidah. Mereka sekeluarga bersyukur tidak ada kemalangan yang terjadi ke atas keluarga mereka sewaktu berkelah di pantai pada hari itu.
Nuralisha Qistina Binte Muhammad Alfian
4 Integrity (2024)
Karangan ini mendapat anugerah Gangsa (Bronze) dalam pertandingan “Saya Boleh Mengarang 2024” anjuran Pusat Bahasa Melayu Nusa.
2020
Tanggungjawab Terhadap Orang Lain
Cuaca petang itu sungguh cerah. Hadi baru sahaja pulang dari rumah kawan baiknya. Di tangannya ada sebiji pisang yang telah diberikan oleh kawannya itu. Perut Hadi juga berasa lapar. Hadi tidak sabar untuk memakan pisang itu.
Semasa berjalan di taman untuk pulang ke rumah, Hadi ternampak jirannya, Encik Ahmad. Encik Ahmad baru pulang dari tempat kerjanya. Hadi yang berasa sangat lapar itu telah memakan pisang sambil berjalan. Pisang itu rasanya sangar manis.
Selepas selesai memakan pisang itu, Hadi tidak tahu di mana dia harus membuang kulit pisang itu. Dia pun telah membuangnya sembarangan di lantai. Pada masa yang sama, Encik Ahmad berjalan di tempat itu.
“Kababoom”! Encik Ahmad telah jatuh akibat terpijak kulit pisang. Tangannya terluka. Encik Ahmad menjerit kesakitan.
Encik Ahmad telah cuba bangun dan berjalan perlahan-lahan ke klinik yang berdekatan. Dia memberitahu doktor yang dia jatuh akibat terpijak kulit pisang. Pada masa yang sama, Hadi telah mengintai di klinik itu. Dia telah mendengar perbualan antara Encik Ahmad dan doktor itu.
Hadi pulang ke rumah. Dia berasa bersalah kerana Encik Ahmad terjatuh akibat kesalahannya membuang kulit pisang itu. Hadi memasuki biliknya dan menulis surat meminta maaf untuk Encik Ahmad.
Hadi telah menghantar surat itu ke rumah Encik Ahmad. Pada esok pagi, Encik Ahmad telah melihat ada surat di luar rumahnya. Dia membaca surat itu. Dia hanya tersenyum. Encik Ahmad memaafkan perbuatan Hadi.
Iwani Hidayati Binte Abdul Rashid
4 Respect (2023)
Perbuatan Baik
Cuaca pada hari itu panas terik. Semua pelajar Sekolah Rendah Endeavour sedang berjalan keluar dari pagar sekolah. Mereka semua tidak sabar untuk pulang ke rumah. Iwani seorang pelajar dari Sekolah Rendah Endeavour. Dia murid yang baik hati. Semua guru-guru bangga dengan sikap Iwani.
Seperti setiap hari, Iwani akan pulang ke rumah sendirian. Dia telah menyeberang jalan di hadapan sekolah sebelum ke kolong blok. Semasa berjalan pulang menuju ke lif, dia ternampak seorang warga emas. Warga emas itu memegang beg plastik yang berat. Iwani berjalan menuju ke arah warga emas itu kerana dia mahu membantu.
Warga emas itu menghulurkan beg plastik itu kepada Iwani. Iwani kemudian bertanya tingkat berapa warga emas itu tinggal. Dia pun menekan butang lif itu. Apabila tiba di tingkat rumah warga emas itu, Iwani menemani warga emas itu berjalan ke hadapan rumah warga emas itu. Warga emas itu mengucapkan terima kasih kepada Iwani kerana membantunya.
Iwani kemudian pulang ke rumah. Dia bersalaman dengan ibunya. Iwani memberitahu ibunya yang dia telah menolong seorang warga emas. Ibu Iwani berasa besar hati kerana anaknya suka menolong orang.
Nur Izzah Athirah Binte Hashim
4 Responsibility (2020)