Kompilasi Karangan Darjah 3
2024
Bersantai di Pantai
Pantai ialah tempat yang sangat indah. Pemandangannya cantik sekali. Pasirnya juga halus. Pandangan pukulan ombak boleh membuat hati kita gembira.
Keluarga saya suka pergi ke pantai, sama ada di dalam atau luar negara. Di pantai, kami boleh berenang di laut, membuat istana pasir, dan bermain bola pantai. Kami juga boleh mengadakan pesta hari jadi dan berbarbeku.
Di pantai juga ada banyak pokok kelapa. Kami boleh minum air kelapa muda daripada gerai-gerai yang menjual buah kelapa. Kami akan minum sambil melihat kapal-kapal besar di tengah lautan yang luas. Apabila ombak besar datang, kami boleh berselancar di laut.
Saya melihat ramai orang yang bermain di pantai. Ada yang membuat istana pasir. Saya dan adik saya suka main tulis-tulis di atas permukaan pasir menggunakan jari kami. Selepas ombak datang untuk memadam tulisan kami, kami akan berlari daripada ombak dan kembali ke tepi laut untuk mencari tulisan kami. Seronok sekali!
Saya suka apabila cuaca sangat baik ketika kami di pantai. Langit yang biru bertemankan burung-burung yang berterbangan di langit ialah suasana yang sangat menyenangkan. Ada juga gerai-gerai yang menjual bermacam-macam makanan. Apabila kita lapar selepas bermain air atau berenang, kita akan memesan makanan di gerai-gerai ini.
Masa yang terbaik untuk ke pantai ialah waktu petang kerana cuaca tidak terlalu panas lagi. Jika di siang hari, kami harus berteduh di bawah pokok-pokok yang rendang. Kami juga harus menggunakan krim pelindung matahari agar kulit kami tidak terkena selaran matahari.
Di pantai, kami tidak boleh membuang sampah sembarangan kerana jika tidak, pantai akan menjadi berselerak dan kotor. Kami harus menjaga kecantikan dan kebersihan pantai supaya orang lain dapat menikmati suasana di pantai. Kesimpulannya, saya sangat menggemari pergi ke pantai dan tidak sabar untuk ke sana lagi.
Fiya Alayna Binte Muhammad Idris
3 Diligence (2024)
Karangan ini mendapat anugerah Perak (Silver) dalam pertandingan “Saya Boleh Mengarang 2024” anjuran Pusat Bahasa Melayu Nusa.
Percutian saya ke Australia
Pada cuti sekolah bulan Jun, saya dan keluarga saya telah pergi ke Tasmania di Australia. Kami menaiki kapal terbang dari Lapangan Terbang Changi. Selepas lebih kurang sembilan jam, kami tiba di Lapangan Terbang Hobart. Ayah saya menyewa dan memandu sebuah kereta untuk kami bersiar-siar di sana.
Kami menginap di Hotel Somerset sepanjang percutian kami di Tasmania. Hotel kami berdekatan dengan sebuah kebun. Kami melihat banyak binatang di situ. Saya dan adik saya bermain kejar-kejar dengan seekor kambing!
Kami juga telah mengunjungi Kawasan Perlindungan Hidupan Liar Bonorong (Bonorong Wildlife Sanctuary). Saya melihat banyak momok Tasmania. Momok Tasmania yang saya lihat kecil dan mempunyai taring yang tajam. Kami juga melihat banyak kanggaru dan walabi di situ.
Selain itu, kami ke Bicheno Blowhole dan Zoo Zoodoo. Di Zoo Zoodoo, saya dapat melihat burung unta, unta, llama, dan banyak lagi binatang lain. Saya seperti hendak tinggal di Tasmania kerana saya berasa gembira di situ! Adik saya juga berasa seronok dan mahu ke sana lagi.
Nur Amelia Falisha Binti Arfan Farudi
3 Perseverance
2023
Baik Hati
Laila seorang budak yang baik hati. Dia selalu menolong rakan-rakannya. Pada satu hari selepas sekolah, dia ternampak rakan sekelasnya. Rakannya telah terjatuh.
Dia dengan segera berjalan ke arah rakan tersebut untuk menolongnya. Dia mengambil tisu dari begnya dan meletakkannya pada luka di kaki rakannya. Selepas itu, dia mengambil air daripada botol air rakannya dan mencuci luka tersebut.
Rakan Laila mengucapkan terima kasih kepada Laila. Dia terus membawa rakan itu berjalan pulang ke rumah. Laila ingin pastikan bahawa rakannya selamat sampai ke rumah. Rakannya berasa terhutang budi kepada Laila yang baik hati itu.
Aqilah binte Azahar
3 Responsibility (2023)
Mimpi Yang Indah
“Wah, besar dan cantiknya tempat permainan ini!” kata adik kepada saya dengan riang.
Saya sekeluarga telah pergi ke taman permainan. Apabila kami tiba di taman itu, saya merasa sungguh seronok melihat orang ramai sedang kesukaan. Disana, ada badut dan maskot berjalan-jalan sambil memberi belon kepada kanak-kanak kecil. Ada jugak banyak gerai makanan dan minuman yang berwarna-warni.
Tanpa berlengah, saya membeli gula-gula yang banyak untuk dikongsi bersama adik. Kemudian, saya beratur membeli tiket untuk menaiki permainan. Saya dan adik memberanikan diri menaiki permainan “Pirate Ship”. Kami menjerit-jerit sekuat hati kerana itu pertama kali kami menaiki permainan yang membuai dengan sangat laju dan tinggi. Oleh kerana kami berasa begitu seronok, kami telah mengulangi permainan itu sebanyak lima kali!
“Aduh, mabuknya saya kakak,” kata adik.
Saya tersenyum lebar. Pada masa yang sama, saya juga berasa kasihan kepada adik kerana dia yang beria-ia mahu naik tapi akhirnya dia pula yang mabuk. Oleh itu, kami pun berehat sebentar di tempat duduk dalam taman itu. Selepas beberapa minit, kami sambung berjalan disekeliling taman untuk meneroka permainan yang lain. Di satu sudut, kami ternampak 'Rumah Hantu'.
“Ayuh adik! Kita beranikan diri untuk masuk kedalam rumah itu,” ujar saya kepada adik.
Sejurus kami masuk, kami terpekik-pekik dan saya boleh merasa kedua kaki saya menggeletar. Terlalu banyak kejutan di sini. Walaubagaimanapun, kami teruskan berjalan hingga jumpa jalan keluar.
Tiba-tiba, saya terdengar suara ibu saya memanggil nama saya dari jauh,
“Alisha, Alisha!”
Rupa-rupanya, saya hanya bermimpi di siang hari. Saya telah terlelap di atas sofa di ruang tamu selepas pulang dari sekolah petang itu. Ibu mengejutkan saya untuk pergi rehat di dalam bilik. Saya merenung kembali mimpi indah itu dan tersenyum sendiri. Alangkah gembiranya kalau kami sekeluarga dapat pergi ke taman permainan di hujung minggu nanti.
Pada malam itu, saya telah menceritakan tentang mimpi saya kepada ayah. Ayah pun tertawa akan saya dan memberitahu dia akan membawa kami pergi ke taman permainan pada hari Ahad. Saya dan adik melompat kegembiraan!
Nuralisha Qistina Binte Muhammad Alfian
3 Integrity (2023)
2020
Di Taman Permainan
Cuaca pada pagi itu sungguh redup. Puan Siti dan anaknya, Sarah pergi ke taman permainan. Mereka berasa seronok pergi ke sana. Sarah terus bermain papan gelongsor. Ibunya pula duduk di bangku untuk melihat Sarah bermain dari jauh. Sudah lama Sarah tidak ke taman permainan. Dia sungguh gembira. Sarah juga telah bermain jongkang-jongket bersama budak-budak lain di taman itu.
Semasa Sarah bermain, Puan Siti ternampak kawannya di taman itu. Puan Siti berbual-bual dengan kawannya itu. Mereka terlalu khusyuk berbual tentang rancangan mereka minggu hadapan untuk bersiar-siar dan makan bersama-sama. Puan Siti terlupa untuk melihat anaknya bermain. Pada masa yang sama, Sarah telah ke arah buaian sendirian. Sarah suka bermain buaian. Sarah menghayun buaian dengan laju. Sarah sangat seronok.
Secara tiba-tiba, Sarah terjatuh dari buaian. Sarah telah menghayun dengan laju dan sangat tinggi. Puan Siti dan kawannya terdengar jeritan dan tangisan yang kuat. Mereka segera pergi melihat. Mereka mendapati Sarah telah jatuh dari buaian.
Sarah menangis teresak-esak kerana kakinya cedera. Darah mengalir dengan banyak. Puan Siti telah membawa anaknya ke klinik yang berdekatan dengan taman permainan itu. Doktor telah merawat luka Sarah. Doktor telah menasihati Sarah agar berhati-hati ketika bermain. Doktor membalut luka di kaki sarah dan menyuruhnya pulang untuk berehat.
Abdul Matin Faris Bin Muhammad Al-Yasa
3 Respect (2020)
Perbuatan Nakal
Loceng sekolah berbunyi. Semua murid-murid tidak sabar untuk pulang ke rumah. Hafiz dan John juga gembira dapat pulang.
Hafiz dan Johan berkawan baik sejak darjah satu. Mereka juga dalam kelas yang sama. Hafiz akan menunggu John di hadapan pagar sekolah setiap hari. Mereka selalu jalan pulang bersama-sama. Hari itu, Hafiz telah menunggu John seperti biasa. Hafiz telah mengajak John ke rumahnya untuk bermain permainan komputer. John bersetuju tanpa bertanya ibunya. Mereka berdua pun berjalan pulang ke rumah Hafiz.
Apabila tiba di rumah Hafiz, John terus ke bilik Hafiz untuk bermain. Mereka seronok dan khayal bermain sehingga lupa sudah lama mereka duduk di hadapan komputer bermain permainan “Kart Rider Race”.
Ibu John di rumah berasa sangat bimbang. Dia tidak tahu mengapa anaknya belum pulang dari sekolah. Dia melihat di jam dinding. Sudah pukul lima petang. Ibu John telah pergi ke sekolah. Dia bertanya kepada pengawal keselamatan sekolah. Pengawal itu memberitahu ibu John bahawa semua murid telah pulang. Ibu John pulang ke rumah dengan berasa cemas. Dia tidak tahu di mana anaknya.
Pada masa yang sama, John sedar dia sudah lewat. Dia telah berlari pulang ke rumah. Semasa dia tiba di rumahnya, dia dapati ibunya tiada di rumah. Semasa hendak menutup pintu, ibunya pun pulang .Ibunya kelihatan sangat marah. Ibu John memarahi John kerana pulang lewat. John menyesal. Dia berjanji akan memberitahu ibunya sekirannya dia akan pulang lambat.
Nur Fitriyah Maisorah Binte Abdul Halim
3 Responsibility (2020)