Kompilasi Karangan Darjah 2
2024
Cita-Cita Saya
Dari kecil, saya sudah ada cita-cita. Saya mahu menjadi seorang doktor haiwan. Saya sangat suka akan haiwan-haiwan. Saya mahu merawat haiwan-haiwan yang sakit.
Sebelum menjadi seorang doktor haiwan, ada banyak perkara yang harus dilakukan. Saya perlu belajar sehingga pandai. Saya selalu menonton cerita-cerita tentang haiwan di saluran ‘National Geographic’. Saya juga rajin membaca buku-buku cerita tentang haiwan.
Selain itu, saya sering pergi ke taman haiwan di Singapura dan negara-negara lain. Saya juga tidak harus takut dengan haiwan-haiwan. Kalau awak mahu tahu, haiwan kegemaran saya ialah harimau!
Saya tidak sabar untuk membuka klinik haiwan. Saya akan menamakan klinik saya sebagai ‘Zahra Vet’. Saya tidak sabar untuk membuka klinik itu.
Zahra Nur ‘Atiqah Binte Ali
2 Harmony (2024)
Karangan ini mendapat anugerah Gangsa (Bronze) dalam pertandingan “Saya Boleh Mengarang 2024” anjuran Pusat Bahasa Melayu Nusa.
Sahabat Baik Saya
Saya ada seorang sahabat baik. Sahabat baik saya bernama Izatul. Saya suka Izatul kerana dia baik hati. Kami belajar di dalam kelas Bahasa Melayu yang sama. Izatul bijak dan kami selalu mengambil bahagian apabila ada aktiviti bahasa di dalam kelas.
Pada waktu rehat, kami akan makan bersama-sama di kantin. Kami juga akan berjalan-jalan di taman eko serta ke perpustakaan selepas kami makan. Selain itu, kami juga suka bermain di taman permainan sekolah.
Izatul bukan sahaja baik hati tetapi dia juga peramah. Izatul selalu tersenyum. Dia ialah sahabat yang banyak menolong saya. Izatul membuat saya ingin ke sekolah setiap hari.
Sofia Ardini Binte Syaiful Bahri
2 Innovation (2024)
2020
Berbarbeku Bersama Keluarga
Ini keluarga Pak Cik Amin. Mereka berbarbeku di pantai. Datuk dan Nenek sedang berbual-bual. Kakak Tina menyiapkan makanan. Ibu mahu membakar ayam. Haziq mengangkat air kotak. Hazri menyiapkan sate. Pak Cik Amin menyalakan api. Mereka berkumpul beramai-ramai. Mereka berasa gembira.
Mohamed Ihsan Bin Mohamed Kasim
2 Compassion (2020)
Ketika Bermain Bola
Pada suatu petang, adik Zaid bermain bola sepak. Dia bermain bersama kawan baiknya. Tiba-tiba, hujan turun. Adik Zaid basah kuyup. Dia pun pulang ke rumah. Selepas itu, dia mandi. Setelah mandi, dia memakai baju baharu.
Nur Auni Alisyah Binte Ismail
2 Harmony (2020)